Abul Harith – Synergy of Mind, Wisdom & Effort…

Reformis atau Liberalis?

Posted by: Abul Harith on: December 1, 2008

change

(ditulis sebagai respon kepada pejuang hak asasi atau reformasi yang ‘bising’ dengan keputusan Majlis Fatwa. Termasuk juga Robin Hood rakyat yang mahu berbogel)

Kadang-kadang kita keliru dengan slogan pembaharuan. Atas nama perubahan (change) ataupun pembaharuan (reformation), ramai melihat ianya suatu keperluan yang mendesak. Maka tumbuh pelbagai NGO dan gagasan dalam memperjuangkannya.

Betul, perubahan dan pembaharuan adalah satu usaha pembaikan. Jika enggan berubah kepada yang baharu, kita ibarat umat yang inferior yang selalu ditakuk lama. Ia juga impian pihak yang sekian lama merasa hak mereka tidak diberi perhatian. Lantaran itu, Obama menjadi dipilih Presiden kulit hitam pertama USA dan 5 negeri hilang kepada PKR dalam hikayat politik 2008. Semua mahu perubahan!

Namun, bukan semua proses perubahan dan natijahnya baik. Usaha berfalsafah Machillavi atau matlamat menghalalkan cara pastinya tidak diizinkan agama Islam. Pastinya berbogel menuntut hak tertentu bukanlah direstui masyarakat normal dan juga agama walaupun yang dibela itu kelompok yang tertindas. Kaedah Robin Hood walaupun dilihat baik di sisi orang ramai, belum tentu direstui agama.

Perubahan atau pembaharuan perlu juga dilihat pada intipatinya. Ada pihak yang ghairah melaung slogan reformasi, namun isinya hanyalah liberalisasi. Atas nama pembaharuan, mereka hanya cuma mahu kebebasan, terlepas dari dogma dan norma yang selama ini menjaga keharmonian seluruh umat.

Dengan nama reformasi, fatwa pengkid dan yoga ditentang dengan alasan membela golongan tertentu. Sedangkan mereka hanyalah minoriti yang mengikut nafsu dan akal semata-mata dan lupa diri mereka sebagai hamba TUHAN. Walhal fitrah (nature) kelompok majoriti yang senang dan tenang tunduk kepada hukum TUHAN tidak dipandang. Maka, jadilah insan itu seperti menatang kutu yang menghisap darah di kepala sendiri bagai menatang minyak yang penuh.

Maka, boleh jadi kita obses akan idea reformasi ke atas cara fikir dan perbuatan diri sendiri dan orang sekeliling, namun tanpa disedari ianya hanyalah liberalisasi nafsu yang melampaui hak orang lain. Berhati-hatilah!

Bogel: Polis tidak akan layan permohonan permit

28/11/2008 5:30pm

SHAH ALAM 28 Nov. — Polis menegaskan tidak akan melayan sebarang permohonan permit daripada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka bercadang mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu permohonan permit daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.

“Kita tunggu dan lihat permohononan permit bagi mengadakan demonstrasi ini…nak tengok macam bogel mereka nak buat…tak kan lah orang nak memohon semata-mata untuk berbogel.

“Kalau niat mereka semata-mata untuk itu (berbogel di khalayak umum), maka polis tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan daripada mereka… kalau nak bogel, bogellah di bilik rumah sendiri…yang itu boleh,” kata beliau kepada pemberita selepas menerima alat ujian saringan awal air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah jenis ketamin daripada Persatuan Jaksa Pendamai (JP)Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar baru-baru ini yang mahu meneruskan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan. – Bernama

2 Responses to "Reformis atau Liberalis?"

perubahan itu perlu dan tetap ada limitasi berdasarkan ruqyah syar’iyah

kita ni negara Islam atau negara yang majoriti rakyatnya Islam…. :-?

Abul Harith : Sokong ayat pertama. Betul betul betul.

Ayat tanya kedua tu.. Hehe. Macam soalan Jibril. Bagi Abul Harith, negara yang majoriti rakyatnya Islam dan secara umum dikenali identitinya sebagai negara Islam oleh negara lain, maka ianya negara Islam. Jika kita tidak setuju ini negara Islam, maka pilihan kedua adalah negara kafir. Tiada tengah-tengah.

Cuma seperti mana tiada manusia yang sempurna amalannya, maka perlulah diakui bahawa banyak lagi yang belum sempurna bagi negara ini dalam pelaksanaan Islamnya. Maka, perlulah ia ditingkatkan & diperbaiki lagi.

p/s : Seorang yang mengucap dua kalimah Syahadah dan mengaku Islam. Tetapi terabai solatnya yang menjadi tiang agama kerana mungkin dia jahil atau lalai. Maka, apakah kita panggilnya dia bukan Muslim?

tolong berikan jalan tasaup yang lebih memahami jalan ketuhanan yang lebih merialrisaikan apakah itu islam dan iman yang sebenar nya yang dapat difahami hakikat sebnarnaya.

Leave a Reply

Kelana Abul Harith

Days in Life

December 2008
M T W T F S S
« Sep   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Angle of Life

DSC_0890

DSC_0848

DSC_0859

More Photos

Archives

Blog Stats

  • 3,497 hits

Visitors