Abul Harith – Synergy of Mind, Wisdom & Effort…

Kasih Ibu, Sayang Ayah

Posted by: Abul Harith on: May 13, 2009

DOTS happy family cartoon

Coretan ini tiada kena mengena dengan Hari Ibu yang baru disambut (bila ya Hari Ibu?). Saya tidak menyambut Hari Ibu, Hari Bapa, mahupun Hari Kekasih. Biarlah. Bagi saya, ia hanyalah satu hal yang sengaja dibesarkan dan diadakan untuk dimanipulasi sang Kapitalis. Dengan membesarkan hal ini, kita menjadi konsumer mereka dengan membeli hadiah, makanan dan bermacam perkara tak perlu untuk diberi kepada Ibu dan Ayah kita.

Tunggu, jangan emosi. Tidak pula saya menyalahkan sesiapa yang menyambutnya. Sambutlah jika mahu. Tapi saya merasakan bukanlah caranya menunjukkan kasih sayang pada Ibu dengan menyambut dan memberi hadiah pada Hari Ibu. Bagaimana pula dengan sebilangan kita yang Ibu mereka yang telah pun bersemadi aman di bawah sana?

Lantaran itu, jika ada yang mengatakan, “Buat apa sambut Hari Ibu, aku sayang Ibu aku tiap-tiap hari,” saya akan katakan, “Kasih ibu, kasih abadi, selagi hayat kita dikandung badan.”

Betul, mengasihi Ibu bukan sekadar Hari Ibu. Kita belum tahu, apakah hadiah yang diberi, makan yang dibelanja dan kata yang diucap sudah cukup membahagiakan hati Ibu kita. Apakah ia cukup membalas salah silap kita terhadapnya (tak mampu saya senaraikan, sebab apa yang disenaraikan adalah dari pengalaman sendiri yang banyak buat salah pada Ibu)

Dalam keluarga saya, tidak pernah ada budaya cium pipi dan dahi Ibu dan Ayah. Yang ada hanyalah sekadar salam dan cium tangannya, apabila pulang dari kejauhan dan Hari Raya. Sehinggalah, salah seorang sahabat saya yang mengetahui hal ini. Dia berkata, “Kenapa tidak cium pipi dan dahi atau peluk Ibu dan Ayah sekarang? Apakah perlu tunggu Ibu dan Ayah sejuk dan pucat terbaring kaku, baru nak cium dan peluk dengan berlinang air mata?”

ibuTerima kasih buat sahabat saya. Terus saja dari nasihat itu, saya menunggu saat balik kampung dan peluk dan cium pipi dan dahi Ibu dan Ayah saya. Terasa rangkulan balas yang sangat erat, penuh kasih dan disulami mata berkaca. Bagi saya, itulah saat yang paling bahagia. Saya tidak tahu apa perasaan Ibu dan Ayah saya. Namun saya merasa aura kasih yang ikhlas mengalir dari kedua Ibu dan Ayah saya. Walaupun saya pernah dan sentiasa memberi cenderamata atau ucapan, bagi saya ia tidak dapat menandingi kucupan di pipi dan dahi Ibu dan Ayah. Sampai sekarang, saya merasai kehangatan kasih yang sama tiap kali mencium Ibu dan Ayah.

Begitulah, terdapat banyak cara mengungkapkan kasih. Material atau ucapan belum pasti dapat menjadi orang tengahnya. Kasih kita pada Ibu dan Ayah terletak di saat kita menyampaikan kasih kita kepada mereka dengan sepenuh dan seikhlas hati walau dengan apa cara sekalipun. Bukan dengan mengikut apa yang orang buat. Kerana semua meraikan Hari Ibu, maka kita pun turut sama dengan cara orang meraikannya.

Kasih pada Ibu dan Ayah bergantung pada kesanggupan kita berkorban menyenangkannya ketika hadir dan mengenangnya ketika berjauhan. Ia mesti menjadi keutamaan melebihi yang lain. Bersikap hipokrit dan ‘double standard’ kepada Ibu dan Ayah sendiri akan merugikan. Kerana hanya jalinan emosi yang ikhlas yang akan membolehkan kita merasa aliran kasih sayang Ibu dan Ayah.

Jadi, amat malang andai Ibu dan Ayah dikesampingkan dari orang lain. Ibu dan Ayah memberi duit dengan kasih, namun kasih itu digadai dengan top-up untuk telefon kekasih (baca: awek) berjam-jam setiap hari. Sedangkan Ibu dan Ayah langsung tidak dilayan begitu, malah tidak berhubung pun dalam seminggu. Hinggakan Ibu & Ayah pula yang menelefon si anak. Maka, jawablah si anak dengan nada mahu tak mahu. Maka, bagaimana mendapat berkat kasih sayang dari Ibu dan Ayah.

Itu cuma satu kisah. Masih banyak cerita yang telah, sedang dan akan berlaku yang boleh didramakan. Pokoknya, ia bergantung pada kita sendiri. Tanyalah hati, “Bagaimana telah ku layan Ibu dan Ayahku di depannya dan di belakangnya?”

Kasih pada Ibu dan Ayah juga bukan sekadar setiap hari dalam hidupnya. Kasih pada Ibu dan Ayah seharusnya kasih abadi, yang dijelmakan walaupun mereka telah tiada selagi kita masih bernafas. Namun, apakah kita menunggu jasad mereka terbujur kaku baru hendak kita mengucap kasih, maaf, berlaku baik, menyesal kesalahan dan berdoa?

“Wahai TUHAN kami, kasihinilah mereka berdua (Ibu dan Ayah) sebagaimana mereka telah mengasihi kami sewaktu kecil” (Al-Isra’ : 24)

Tags: , ,

3 Responses to "Kasih Ibu, Sayang Ayah"

terharu dan tersentuh..
sy byk wat silap ngan parents..
tq

Abul Harith : Sama-sama. Moga memberi manfaat.

thanks for sharing =)

Abul Harith : Sama-sama. Beritahulah kalau ada apa-apa isu nak bincang.

Jzzk ya akh, artikel yg menyentuh qalbu.

Kadang-kadang, sebagai anak, kita sering terlupa akan tanggungjawab kita pada kedua ibu bapa..
Ana akur sebagai khalifah di Bumi Allah ini, sangat banyak & berat tanggungjawab kita….tetapi janganlah sampai hak kedua ibubapa kita diabaikan.

Pastinya kita tidak mahu termasuk di kalangan golongan hina sepertimana sabda Rasulullah S.A.W :
” Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya, ” Siapakah wahai Rasulullah ( yang hina itu)?” Baginda menjawab: Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya,kemudian dia tidak memasuki syurga.”

Jadi mengapa kita abaikan peluang untuk ke syurga?Berbaktilah kepada kepada keduanya selagi peluang masih ada.

Wallahua’lam.

PS: Al-fatihah buat arwah ayah yg telah meninggalkan kami setahun yang lalu.

Abul Harith : Syukran Akh Mujadi Muda kerana berkongsi rasa & nasihat. Moga kita sama-sama menjadi insan yang mampu berbakti & mendapat redha kedua ibu dan ayah kita sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi. Amin.

Leave a Reply

Kelana Abul Harith

Days in Life

May 2009
M T W T F S S
« Dec   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Angle of Life

DSC_0890

DSC_0848

DSC_0859

More Photos

Archives

Blog Stats

  • 3,497 hits

Visitors